Keghairahan Umno melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat  tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik  untuk negara.
 
Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh  Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan  soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh  kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.
 
Arab  Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan  Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula  mengatasi masalah jenayah dalam negara. 
Umno dalam  sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak,  memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau  melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin  Umno pernah menanggap politik suku agama suku.
 
Fahaman  sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan  Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem  kehidupan manusia. 
Bukankah ini bukti fahaman Umno  yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari  Wahabi?
Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama  dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan  anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.
 
Cuma  yang agak menghairankan bilamana ulama muda Umno juga tergolong senarai  pengganas?
 
Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak  bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan Darurat, sebagaimana nasib  enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis  ancaman yang mereka bawa kerana menyokong BERSIH 2.0?
 
Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan  pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan  negara? 
Sehubungan itu, saya bersetuju dengan  pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini  menyemak kembali penyertaan mereka dalam Umno.
 
Tidak  terfikirkah bahawa apabila ulama Umno pun dicop sebagai pengganas,  bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?
 
Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja membunuh  kerjaya politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang  halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.
No comments:
Post a Comment