MeH DeNGoR eDeN NaK BeRCeRiTe......

SeLaMaT DaTaNG Ke DuNia SaYa

Saturday 13 August 2011

Juadah 'tidak halal': Star dipanggil KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.

star pork photo report 110811Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.

Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.

"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

Juadah babi: PERKASA hantar memo pada akhbar



Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada akhbar The Star kerana menyiarkan artikel dan gambar masakan daging babi dalam sisipan juadah berbuka puasa.

Memorandum itu diserahkan oleh Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris di ibu pejabat akhbar milik MCA itu di Petaling Jaya pagi ini.

Katanya, walaupun harian berbahasa Inggeris itu sudah memohon maaf, tetapi pihaknya tetap menyerahkan memorandum itu supaya menjadi pengajaran kepada pengamal media lain.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan memanggil Ketua Pengarang akhbar itu bagi menyatakan tindakan itu merupakan kesalahan dan tidak sensitif.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, kementerian memandang serius perkara itu, terutamanya kerana sisipan itu ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

Thursday 11 August 2011

Pergerakan Freemason di Malaysia dan penyertaan umat Islam, Fatwa patut dikeluarkan

Artikel ini ditulis bagi mendesak pihak kerajaan membuat penilaian dan mengkaji semula kebenaran pergerakan Freemason di Malaysia dan juga jika perlu Majlis Fatwa Kebangsaan menyeluarkan fatwa menyenai penyertaan kaum muslim terutamanya bangsa Melayu di Malaysia menyertai pergerakan ini.
Sejarah awal Freemason dan matlamat pergerakan

Freemason adalah sebuah organisasi yang sangat bersifat rahsia. Freemason dicetuskan oleh para Ksatria Templar (Pejuang Salib) yang pulang ke Eropah dari Jurusalem setelah kalah dari perang salib.
Untuk bacaan lanjut di Wikipedia sila lawati link ini http://ms.wikipedia .org/wiki/ Freemason dan buku tulisan Harun Yahya di http://www.harunyah ya.com/globalfre emasonry_ introduction. php (buku boleh juga di download di link ini).
Secara ringkasnya, ada pelbagai teori tentang sejarah awal pergerakan ini, antaranya adalah apabila Freemason dikaitkan dengan Kesatria Templar atau sekumpulan kecil pasukan kesatria yang telah memerangi tentara Islam di Jerusalem.
Terdapat pelbagai legenda dan teori lain mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene.
Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.
Maka berdasarkan teori-terori asal usul ini, pendapat umum mempercayai selain daripada pergerakkan ini menjalankan aktiviti-aktiviti kepentingan Yahudi dan zionis yang berselindung disebalik sosial, ada juga mempercayai bahawa matlamat akhir pergerakan ini adalah untuk membina semula Kuil Nabi Sulaiman di atas robohan Masjidil Aqsa. (rujuk: www.Islamonline. net ).

Aktiviti ritual dan kerahsiaannya

Pergerakan ini konon tidak membenarkan perbincangan mengenai hal agama dan plolitik dibawa kedalam setiap perjumpaannya di ‘Lodge Manson’nya (rumah pergerakan), kesemua bentuk Freemason berkongsi moral dan metafizik yang sama dan yang biasanya juga termasuk perisytiharan perlembagaan terhadap kepercayaan kepada satu Tuhan Yang Maha Agung (sumber: wikipedia).
Apa sebenarnya yang berlaku dan bagaimanakah ritual-ritual mereka menjadi satu kerahsiaan yang amat kuat, sehinggakan semasa perjumpaan dijalankan pekerja-pekerja biasa dirumah pergerakan tidak dibenarkan melihat dan semua pintu dan tingkap ditutup rapat. Ada pendapat yang mengaitkan ritual-ritual mereka bersumberkan amalan kono Yahudi. Namun begitu, pada masa sekarang ini terdapat banyak amalan ritual mereka ini yang telah tersebar luas di dalam youtube, para pembaca boleh lawati contoh di link ini:http://www.youtube. com/watch? v=HyuhhH2g5lY dan banyak lagi link video di bawah yang membincangkan tentang apa itu sebenarnya freemason.
  1. http://www.youtube. com/watch? v=B9GAZxTLyNQ&feature=related
  2. http://www.youtube. com/watch? v=qR-pAE003o4&feature=related
  3. http://www.youtube. com/watch? v=AwhVrSsBTxs&feature=related
  4. http://www.youtube. com/watch? v=tRWkoE_ ePsM&feature=related
  5. http://www.youtube. com/watch? v=YbgMUKQ1JU4&feature=related
Adakah pergerakan ini mengamal ritual-ritual sulit yang bertentang dengan agama Islam, maupun agama lain (ini kerana sejak dari dahulu, pihak Gereja Kristian juga amat menentang pergerakan ini)? Walau apapun berdasarkan maklumat yang ada, kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Agama Islam Malaysia hendaklah menjalankan risikan dan siasatan terperinci tentang aktiviti mereka ini, bukan sahaja dari segi ritual tetapi lebih penting matlamat pergerakan ini.

Bolehkah Ummat Islam di Malaysia menyertai Freemason?

PEWARIS MALAYSIA amat percaya bahawa freemason mempunyai ritual amalan dan bermatlamat bertentangan dengan Agama Islam, terlalu banyk komen-komen dan dokumentari negetif mengenai freemason yang secara jelas bertentangan dengan Agama Suci Agama Islam, antaranya kita boleh lihat di link video rencana di bawah;
  1. http://www.youtube. com/watch? v=BLroyYtbf1o
  2. http://www.youtube. com/watch? v=2uMyEkJCXOQ&feature=related
  3. http://www.youtube. com/watch? v=gIN2hZLXrC4&feature=related
  4. http://www.youtube. com/watch? v=IyQ9kR6764k&feature=related
  5. http://www.youtube. com/watch? v=SVEifQd34IA&feature=related
  6. http://www.youtube. com/watch? v=Gp2WP-BDsIs&feature=related
Seorang Ulama’ yang prominen, Sheikh Ahmad Kutty (pensyarah kanan dan ilmuan Islam di Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada) mengatakan:
“As far as I know, Freemasonry is a secret organization whose beliefs and practices are totally kept confidential except from those who are initiated into it. They have levels of secrets which are not divulged to those who are at lower levels. A Muslim should never fall prey or give allegiance to something which cannot be scrutinized by the firm criteria of the Qur’an and the Sunnah. Whoever joins Freemasonry is like a person who writes a blank check; by doing so he agrees to give allegiance blindly to an authority to comply with their wishes no matter what they are.

No Muslim can surrender his will unconditionally to anyone but Allah. If anyone has done so, he is guilty of the most blatant violation namely shirk (associating partners with Allah). Allah says: “Do they have partners beside Allah who shall prescribe for them rituals that Allah has not sanctioned.” (Ash-Shura: 21)”

Delving into the core of Freemasonry and its nature, we would like also to cite the following:

“The Society of Freemasons is a secret organization with aims which are never officially declared in public. It engulfs itself with a thick curtain of secrecy to the extent that any new recruit gives a most solemn oath not to reveal its secrets. He is made fully aware that he reveals these secrets at peril to his life. Admission to the society is not open to everyone. In fact, the Society of Freemasons recruits its members after careful study of their characters and positions. It also tries hard to enlist in its membership kings, presidents, ministers, leading politicians and highly influential people. Such people are given honorary membership that keeps them at the periphery of the society, which means that they do not share in its decision making and they are not let into its secrets. Only those who are prepared to work with dedication for the aims of the society are made aware of these secrets. This, too, after they have passed certain tests and been promoted from one degree to another in the hierarchy of the society.

What attracts people to join the Freemasonry is the assurance of mutual help which its members pledge themselves to give on joining. A Freemason is expected to give unlimited support to other members of the society. Members have certain signs by which they come to know each other, such as the way they shake hands with other people and certain additions in their signatures on letters, etc. In countries where Freemasonry is well established, this can be of great advantage to any member who shows dedication to the cause.

A number of people have written about the secret aims of the Society of Freemasons. These were largely ex-members who left the society after finding that they could not reconcile themselves to its aims and purposes. The majority of these cases were in countries where the society was not able to promote itself well, which, in turn, limited its membership. This forced it to promote certain members to higher degrees, which enabled them to know more of the secrets of the society. Through such people we know that the society has a very strict hierarchy that keeps members at a low degree until they have passed a very severe test of loyalty and dedication. We also know that the society serves the aims of world Jewry and derives its name from that particular purpose. A “mason” is a builder, and the Society of Freemasons aims to rebuild the Temple of Solomon in Jerusalem after destroying Al-Aqsa Mosque because the Jews allege that the mosque has been built on the site of the destroyed temple.

Everything that furthers the interest of the Jews and promotes their position in the world is undertaken by the society. The cover of absolute secrecy and its strict hierarchy enables it to make use of the positions and influence of its non-Jewish members to serve the Jewish cause. We have to understand that many of its members work for the society trusting that they only serve the causes of liberty, equality and justice. They remain unaware that they simply serve the cause of giving the Jews supremacy in world affairs. Freemasonry has over the years earned itself a number of enemies, most notably the Catholic Church.

In view of all this, there is no doubt that if a Muslim joins the Society of Freemasons, he contravenes the teachings of Islam. The aims, policy and practices of this society are against the principles of Islam and violate its laws. For example, Islam believes in maintaining justice among all people, regardless of race, color, family, position or creed. A Muslim must be fair to all people. Islam forbids favoritism, nepotism and discrimination on any basis. Freemasons favor one another on the basis of membership of their society.

Islam respects other religions. Freemasonry deceives its members into thinking that they further the cause of a better humanity when they are actually furthering the interests of those who seek to give the Jews supremacy over all peoples of the world. Islam is the final message from Allah to man. It is the religion that supercedes all past divine messages, including Judaism.

Freemasonry seeks to destroy Al-Aqsa Mosque in order to rebuild the Temple of Solomon in its place. How can a Muslim, then, join such a society?

Islam believes in open methods and declared aims and orders its followers to be always truthful and to follow a straight path. Freemasonry shrouds itself in secrecy to cover its wicked practices. If its aims were truly to promote a better humanity, it would have come out into the open and declared its aims and policies. Only evil cloaks itself in secrecy because it wants to hide its repugnant nature.”

(sumber link: http://www.islamonl ine.net/servlet/ Satellite? cid=111950354728 8&pagename=IslamOnlin e-English- Ask_Scholar% 2FFatwaE% 2FFatwaEAskTheSc holar )

Terdapat banyak lagi pendapat para ulama’ yang mengharamkan orang Islam menyertai freemason atas alasan bertentangan dengan ajaran Islam dan aqidah umat Islam. Namun begitu jangan terpedaya terdapat juga orang-orang yang kononnya ‘bergerak ilmuan Islam’ menghalalkan penyertaan ummat Islam di dalam pergerakan ini, sebagai contoh sebuah artikel bertajuk ‘Islam and Freemasonry’ oleh W.Bro. Shaikh Hatim Fidahussein Nakhoda PM, link:http://www.freemaso ns-freemasonry. com/islam_ freemasonry. html
Pendapat-pendapat golongan ini dibuat demi kepentingan mereka sebagai ahli freemason!



Freemason di Malaysia dan rantau Asia Tenggara


Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemson untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO.
Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.
DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
Singapura: 3 loji
Kuala Lumpur: 3 loji
Pulau Pinang: 1 loji
lpoh: 1 loji
Kuantan: 1 loji
Kuching: 2 loji
port Dickson: 1 loji
Port Klang: 1 loji
Taiping: 1 loji
Kota Kinabalu: 1 loji
Bangkok: 3 loji
Pattaya: 1 loji
Sumber: wikipedia

Kalau diperhatikan hanya negeri Kelantan dan Terengganu sahaja yang tidak mempunyai cawangan Freemason. PEWARIS MALAYSIA agak khuatir dengan kukuhnya pergerakan ini bertapak di Malaysia sejak sekian lama. Bahkan terdapat laporan bahawa terdapat juga orang-orang Islam atau Melayu menyertai pergerakan ini secara aktif atau sulit. Bahkan masa ini ada juga laporan kalangan ahlinya yang beragama Islam daripada golongan ternama, professional dan pemimpin.
Maka kita dapat melihat pembawakan isu-isu terkini semasa samaada secara kebetulan atau dirancang, bertepatan dengan matlamat dan ideology pergerakan ini, sebagai contoh hak persamaan antara Agama, dialog antara Agama, hak persamaan kaum dan banyak lagi. PEWARIS MALAYSIA khuatir dan berprasangka buruk bahawa isu-isu ini dirancang secara sulit atau digerakkan secara sulit oleh pergerakan ini ataupun pergerakan yang berhubungkait dengan mereka bagi mengucar kacirkan keamanan Negara.

Kerajaan dan Majlis Fatwa harus mengkaji dan mengeluarkan Fatwa bahawa umat Islam di Malaysia tidak boleh menyertai freemason atau terus mengharamkan pergerakan ini

Pergerakan freemason telah pun diharamkan dinegara lain seperti Saudi Arabia, Negara Brunei Darussalam, Indonesia, dan banyak lagi termasuklah Negara bukan bermajoriti umat Islam. Di Iraq seawall sebelum presiden Saddam Hussein lagi pergerakan ini telah diharamkan, namun semenjak Iraq diceroboh oleh tentera Amerika, freemason telah bertapak kembali dibawa masuk oleh Amerika di bawah naungan Grand Lodge dari Amerika.

Maka PEWARIS MALAYSIA mendesak:-
  1. Satu kajian terperinci dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tentang pergerakan ini.
  2. Seterusnya membuat satu keputusan tegas mengenainya.
  3. Para mufti negeri-negeri dan para ulama’ di Malaysia membuat kajian dan memberi pendapat masing-masing tentang freemason.
  4. Satu Fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tentang samada umat Islam di Malaysia boleh atau tidak menyertai freemason.
  5. Berdasarkan fatwa yang bakal dikeluarkan, mengambil tindakan segera dan tegas bagi menepati kehendak Fatwa tersebut.
Kalaulah isu Yoga yang sesetengah pihak anggap kecil (PEWARIS MALAYSIA: sentiasa menyokong penuh FATWA tersebut kerana melibatkan isu Aqidah) boleh dokeluarkan Fatwa, isu mengenai pergerakan ini telah lama sepatutnya ditangani dengan sepatutnya kerana ianya pada pendapat PEWARIS MALAYSIA bukan sahaja menyentuh isu aqidah tetapi lebih daripada itu, yang mana melibatkan perancangan sulit pihak zionis.

Jom ke mandala tamadun

Memasuki mandala tamadun kita temukan dua elemen yang berimbang: Kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran atau intelektual yang tinggi. Itulah neraca peradaban yang sebenarnya. Tiada neraca lain yang setara dengannya.
Tamadun dibina dan dikembangkan demi kemaslahatan umat manusia, kerana akhirnya manusialah yang memberi rupa dan makna kepada sesuatu tamadun.

azlanKemajuan kebendaan yang tidak diimbangi perkembangan pemikiran atau intelektual yang tinggi, akan membentuk rupa bangsa yang cela.
Rupa bangsa yang cela, akibat meremehkan pemikiran tinggi, akan berada jauh dari titik pusat falsafah, budaya, seni, moral dan kemanusiaan itu sendiri. Banyak negara di mana penguasanya melakukan opresi menyekat perkembangan pemikiran dan intelektual rakyatnya, secara dramatik melihat kerusi kekuasaannya lenyap dalam masa yang singkat.
Masalah bagi sesetengah penguasa ialah mereka menganggap cara yang kuno dan tidak manusiawi itu sebagai sesuatu yang masih relevan dengan zaman ini.

Watak dan struktur sesuatu masyarakat biasanya diramu dan diteguhkan daripada hubungan elemen-elemen sosial yang alamiah, kerana dinamika sosial selalu mengharapkan kemaslahatan umat manusia yang dicipta melalui pendekatan serta dasar-dasar yang betul lagi manusiawi.
bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Dengan ayat yang lain, mana-mana penguasa yang menanganinya secara salah dan tidak manusiawi, akan berhadapan dengan kegagalan.

Mencipta masyarakat bertamadun akan lebih mudah setelah anggota masyarakat mempunyai atau memiliki (bukan lagi tiga, tetapi) lima keperluan asas: makanan, kediaman, pakaian, pendidikan, dan peluang pekerjaan yang sewajarnya dalam suasana negara yang aman pula.
Sesudah itu, jalan terhampar untuk setiap anggota masyarakat, atau organisasi sosial, atau institusi sosial, bergerak secara sukarela untuk memperbaiki lagi pelbagai aspek kehidupan anggota masyarakatnya.

Akan tetapi jika penguasa gagal menyediakan lima keperluan asas tersebut dengan latar belakang negara bersuasana aman, watak yang dicipta oleh penguasa ialah watak pincang yang memberontak.
selangor water demo - water cannonsWatak-watak yang memilih jalan lain untuk mengatur masa depan kumpulannya tanpa mengendahkan undang-undang serta nilai moral ̈C kerana tiada harapan lagi terhadap penguasa.
Menekan kumpulan ini dengan tujuan untuk melumpuhkan atau menghapuskannya, bukanlah penyelesaian yang baik bagi kerangka masyarakat bertamadun. Kerana opresi akan membangkitkan lebih banyak penentangan.
Jalan alternatif yang terbaik ialah kembali ke pangkal pemikiran oleh para intelektual dan pakar, serta memanfaatkan sumber ekonomi yang ada di dalam sesebuah negara.
Zaman telah berubah. Rakyat mahu keperluan-keperluan asas mereka dipenuhi. Rakyat mahu berganding bahu membina tamadun bangsa yang lebih baik dan kukuh. Jom ke mandala tamdun.

Datuk Dr Anwar Ridhwan merupakan sasterawan negara ke-10. Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Antara karyanya yang terkenal Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Naratif Ogonshoto.

Monday 8 August 2011

Kepada Cendekia Solidar

Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa,
menghakis label-label bongkak yang disusup puaka,
Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya
dengan media gergasi pertajam taring dustanya.

Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja
semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah.
Mereka tentangi kuasa cemar berlendir dosa,
berazam melawannya demi mengharum satu era.

Pening gas dan pedih air mencemar dekad merdeka;
kuasa bobrok ghairah merongrong demokrasi luka.
Kita wajar mensyahdukan benih kuasa yang sakti,
dan dengan khusyuk mendeklamasi puisi berani.

Senja ini lara, dan kita tetap menyembuhkannya.
Ya, kita dakapi demokrasi tulen seakrabnya.

IKRAM: Hormati keputusan kerajaan Kedah

Tindakan kerajaan Negeri Kedah untuk membenarkan premis hiburan terus beroperasi di bulan Ramadan dengan syarat pemilik-pemilik premis hiburan memastikan premis mereka tidak dikunjungi oleh orang Islam wajar disokong oleh semua pihak.

Ia menggambarkan sifat Islam yang menghormati hak orang-orang bukan Islam sewaktu umat Islam berusaha untuk mempraktikkan ajaran agama Islam dalam kehidupan seharian khususnya dalam bulan Ramadan yang diberkati ini.

Oleh itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) negeri Kedah menyeru semua pihak supaya menghormati keputusan kerajaan negeri Kedah yang telah mengambil kira kedudukan agama Islam, hak rakyat Kedah yang berbilang bangsa dan agama selagi ianya tidak bertentangan dengan landasan syara'.

IKRAM negeri Kedah menyeru semua pihak supaya tidak mempolitikkan keputusan kerajaan negeri Kedah ini yang hanya akan menjejaskan imej Islam dan penganutnya.

IKRAM juga mencadangkan supaya pengharaman ke atas orang Islam daripada mengunjungi tempat-tempat hiburan tidak dihadkan dalam bulan Ramadan sahaja tetapi meliputi juga bulan-bulan yang lain.

Sepatutnya peraturan ini dilaksanakan bukan sahaja di negeri Kedah tetapi juga di negeri-negeri yang lain jika sekiranya aktiviti hiburan yang dijalankan adalah bertentangan dengan batasan syariah.

Perlu ditegaskan bahawa Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada semua. Ia bukan satu agama yang menafikan hak orang lain apatah lagi bersifat diskriminatif.

Islam tidak akan mengambil satu jalan yang menindas mana-mana kelompok dalam masyarakat. Ia bersikap adil dan menjamin semua pihak akan mendapat keadilan dan kesaksamaan.

Dalam pada itu Islam juga menimbangkan sesuatu perkara berdasarkan kepada keutamaan dan kemaslahatan umum.

Apabila bertembung di antara kemaslahatan ramai (majoriti) dan hak sebahagian masyarakat untuk memenuhi kehendak mereka, maka kemaslahatan ramai akan diutamakan mengatasi kehendak kelompok yang lebih kecil.

Pertubuhan IKRAM negeri Kedah menyeru semua pihak supaya menghormati kedudukan agama Islam di negara ini dan kedudukan Sultan dan Raja sebagai ketua agama Islam serta tidak mempolitikkan isu ini bagi kepentingan mana-mana pihak.


Penulis adalah Yang dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Cawangan Negeri Kedah

Merdeka: Sudut pandang anak muda

Nun di hadapan berdiri tegak tubuh-tubuh menongkah langit dengan keris yang menjulang. Hari itu menjadi saksi sejarah perjuangan, hadiah tidak ternilai kepada sebuah pengorbanan.

Bergembiralah Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan Datuk Maharajalela. Bergembiralah Burhanuddin Al-Helmy, Abu Bakar Al-Bakir dan Onn Jaafar. Bergembiralah segenap baka yang mewarnai perjuangan itu, rebah segala resah tatkala bergema kalimah Merdeka!

Namun hari ini segalanya termaktub di dalam lembaran, hikayat dan sejarah. Bait-bait yang membentuk ceritera-ceritera perjuangan kemerdekaan berseni sebagai tinggalan usang.

Cakerawala sangat gundah semakin dingin dibawa arus kemajuan. Lantas pesta 31 Ogos seakan-akan jasad kosong yang tidak berjiwa dek kerana bayang-bayang hitam yang membenam dan membunuh roh 1957.

Anak kecil terbiar di jalanan. Pemuda, pemudi bermain dengan maruah seakan-akan mainan. Fitnah mencaci, fitnah menganiaya menjadi rutin kehidupan. Inilah fantasi rekaan barat yang diterima sebagai anutan!

Andai Tuhan menyingkap tirai kehidupan hari ini, lantas dipamerkan kepada mereka yang telah tiada, pasti sebak jiwa mereka dengan kekesalan, tersentak perasaan dengan seribu kekecewaan.

Adakah ini generasi mereka? Apa salah mereka hingga ini menjadi natijah? Atau ini sememangnya hadiah yang tidak berperikemanusiaan, atau lumrah zaman yang sememangnya kejam. Apakah ini sebenarnya refleksi sebuah kemerdekaan?

Namun harus diingat, segalanya bermula pada hari itu. Kemerdekaan yang disanjung, kemerdekaan yang ditatang dan kemerdekaan yang di perjuangkan, adakah ini semua mempunyai sebuah nilai yang tidak terhingga?

Ayuh kita nilai kembali apresiasi sebuah kemerdekaan yang kini dilihat seakan-akan sudah tidak bermaruah buat anak bangsa Malaysia. Mari kita singgap sejenak nilai kemerdekaan yang telah diperjuangkan dengan kudrat dan darah oleh bangsa terdahulu dan kini ia semakin dipandang sepi oleh anak muda pasca kemodenan.

Sejarah Kemerdekaan Menyembunyikan Tokoh-Tokoh Tertentu

Tidak dinafikan di dalam lembaran-lembaran dan hikayat sejarah perjuangan dan kemerdekaan negara, ia pernah dibasahi dengan darah dan keringat pejuang-pejuang terdahulu.

Namun begitu malang sekali apabila terdapat beberapa batang tubuh tokoh perjuangan kemerdekaan yang cuba untuk disembunyikan daripada tatapan dan pandangan masyarakat umum.

Pasca tahun 1945 hingga tahun 1948, ketika pertembungan sengit antara bangsa Melayu dan pihak British, ada sosok tubuh tokoh-tokoh tertentu yang begitu hebat memerah kudrat bagi meraih kemerdekaan Tanah Melayu.

Namun di mana letaknya nama-nama mereka di dalam lembaran-lembaran dan teks-teks sejarah negara di peringkat sekolah menengah mahupun di peringkat universiti.
Di mana letaknya nama-nama tokoh kemerdekaan Dr Burhanuddin Al-Helmy, Abu Bakar Al-Bakir, Ahmad Boestaman, Ishak Muhammad, Ibrahim Yakob mahupun Shamsiah Fakeh di dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu?

Mungkin ada nama-nama mereka yang diselitkan di dalam lembaran sejarah kemerdekaan negara namun apakah cerita yang disampaikan mengenai mereka? Adakah hak-hak mereka telah diadili dengan sebenarnya di dalam ceritera sejarah negara kita?

Hinggakan adik-adik di peringkat sekolah menengah, bahkan anak muda-anak muda di peringkat universiti tidak mengenali siapakah tokoh kemerdekaan Burhanuddin, Abu Bakar mahupun Ahmad Boestaman.

Apabila disebutkan nama tokoh-tokoh kemerdekaan ini, jiwa generasi muda kita tidak tersentuh, hati mereka tidak mengetahui nilai sebenar pengorbanan yang telah diperjuangkan oleh tokoh-tokoh tersebut.

Mungkin juga nama-nama mereka cuba disembunyikan daripada tatapan umum kerana mereka bukanlah se-bahtera dengan mereka yang kononnya sebagai pemencak utama di dalam lapangan kemerdekaan. Ataupun nama mereka cuba disembunyikan kerana ada cerita sebenar mengenai kemerdekaan negara kita yang cuba dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

Jika benar kemerdekaan negara kita ini suci, jika benar kemerdekan negara kita ini bermaruah, jika benar kemerdekaan negara kita ini bernilai, mengapa perlu ada tokoh-tokoh yang cuba disembunyikan daripada tatapan masyarakat umum ?

Sejarah Kemerdekaan Mencemarkan Bangsa Melayu

Persepsi ini mudah. Ayuh kita buka dan lihat lembaran-lembaran sejarah kemerdekaan, teks-teks sejarah di peringkat sekolah menengah, video-video kemerdekaan dan kita lihat berapa ramai bangsa Melayu yang memenuhi stadium-stadium, yang membanjiri padang-padang, yang mendengar di corong-corong radio sambil mendengar dan menyambut laungan Merdeka dan kita lihat siapa yang berada di atas pentas pengisytiharan kemerdekaan.

Mengapa masih ada seorang bangsa yang berkulit putih, yang bertopi putih duduk di atas pentas kemerdekaan sambil memerhatikan Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah keramat Merdeka dari belakang dan melihat bangsa Melayu yang duduk di bawah. Cukup simbolik!

Adakah benar negara kita sudah merdeka? Jika benar negara kita sudah merdeka, halau sahaja si kulit putih itu dari atas pentas kemerdekaan. Namun ia tidak berlaku.
Si kulit putih itu tetap berada di atas pentas kemerdekaan, gambar-gambar dan hikayatnya telah tercatat di dalam lembaran sejarah negara kita dan 20 tahun akan datang, 30 tahun akan datang si kulit putih itu akan tetap akan berada di dalam sejarah kemerdekaan negara kita.

Cukup ironis. Persoalannya, di mana nilai sebenar kemerdekaan negara kita?

Kemerdekaan Menjatuhkan Maruah Pejuang Terdahulu

Kita sering kali mendengar nama-nama tokoh pejuang terdahulu seperti Bendahara Paduka Raja, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Maharajalela dan Datuk Bahaman yang sering menggunakan kalimah, "akan mempertahankan tanah ini hingga titisan darah yang terakhir".

Biar dada tembus dengan tombak penjajah, biar badan dihujani peluru musuh, tanah ini akan tetap dipertahankan walau cuma seinci. Begitu suci dan mulia perjuangan dan pengorbanan mereka.

Namun tahun telah beralih, zaman juga sudah semakin maju hinggalah ke pasca tahun 1957. Jiwa perjuangan telah banyak berubah.
Toleransi demi toleransi, diplomasi demi diplomasi telah banyak mewarnai kancah perjuangan kemerdekaan pada ketika itu hingga generasi muda seakan-akan alpa apa sebenar erti sebuah perjuangan. Namun hakikatnya, toleransi yang di garap telah melampaui batas-batas perjuangan.

Mereka bertoleransi dengan golongan yang dahulunya telah membunuh pejuang-pejuang yang lampau. Mereka bertoleransi dengan golongan yang dahulunya telah menghalau pejuang-pejuang terdahulu.

Lalu kemerdekaan diterima dengan cara yang amat mudah daripada tangan-tangan kotor tersebut. Inilah potret perjuangan 1957.

Juga persoalan ingin diungkapkan. Apa nilai sebenar kemerdekaan negara kita?

Signifikan Kemerdekaan Yang Memalukan Negara

Usah bicara soal kebebasan, usah bicara soal demokrasi, usah bicara soal hak-hak individu, usah bicara soal keadilan, usah bicara soal autonomi universiti, usah bicara soal kebebasan akademik jika kemerdekaan yang kita perjuang dan pertahankan selama ini tidak melambangkan erti sebenar sebuah kemerdekaan.

Kemerdekaan sendiri telah menutup ruang kebebasan, kemerdekaan sendiri telah memalukan bangsa Melayu dan kemerdekaan sendiri telah mencemarkan nilainya.
Jangan diharap bulan jatuh ke riba, selagi adanya satu 'bayang-bayang" yang telah mengotori sistem negara ini tidak kita musnahkan, selagi itu kemerdekaan hanya akan tinggal sebagai kemerdekaan!

Buat para anak muda Malaysia, segala yang diungkapkan di dalam hikayat ini bukanlah antipati sebenar sebuah kemerdekaan negara kita namun ia hanyalah satu garapan idea dari sisi pandang yang sedikit berbeza yang seharusnya kita kupas bersama dan kita sebagai anak muda semestinya harus memikirkan apa yang seharusnya kita lakukan demi menjamin eksistensi perjuangan dan pengorbanan bagi meneruskan nafas sebuah kemerdekaan.

Sunday 7 August 2011

Izinkan kami junjung langit dengan bebas

Pembentukan jati diri sesebuah negara bangsa bukannya satu proses yang mudah lebih-lebih lagi melibatkan negara ini yang merangkumi kepelbagaian etnik dan budaya.
Menurut Budayawan A Aziz Derawan yang dipetik daripada Berita Harian bertarikh 28/04/2011, menjelaskan betapa kehidupan berbangsa itu ditunjukkan sifat jati diri menerusi persamaan lambang, institusi nasional, perundangan, nilai kebangsaan yang dikongsi bersama, kesetiaan politik dan rasa keyakinan diri sebagai satu bangsa.
Menurutnya lagi, elemen nilai akhlak, moral, etika yang kukuh, demokratis, liberal bertoleransi dalam konteks penerimaan, adil dan saksama yang bermakna tidak semesti kesamarataan, progresif dan makmur, serta daya saing, daya tahan, tangkas dan dinamis.
Demokrasi dan Partisipasi Golongan Muda
Sistem politik sesebuah negara seharusnya menggalakkan golonga muda menyertai proses demokrasi dengan aktif.
Dalam konteks ini, penglibatan golongan muda dalam sistem politik berdemokrasi secara langsungnya melibatkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia serta bentuk ruang yang diberikan untuk mengalakkan penglibatan mereka yang seterusnya mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pemerintah atas dasar kepentingan masyarakat sivil.
Di Malaysia. partisipasi golongan muda dalam sistem berpolitik demokrasi masih terhad akibat dicengkam dengan pelbagai macam dasar dan undang-undang yang diimplementasikan oleh golongan pemerintah yang dalam erti kata tidak lain tidak bukan hanya semata-mata mahu untuk memastikan status-quo pemerintah tidak dicabar dalam apa cara sekali pun.
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 merupakan bukti tunjang bagaimana para pembuat keputusan gagal dalam mengisythiarkan hak berdemokrasi di kalangan golongan muda di peringkat akademik.
Inilah yang akhirnya dilihat sebagai membantutkan penglibatan golongan muda dalam membangunkan masyarakat sivil di negara ini.
Di satu pihak, Bersih 2.0 membuktikan bagaimana semangat golongan muda mewarnai perhimpunan tersebut yang pastinya merupakan satu fenomena yang unik dalam sistem demokrasi negara ini.
Ini kerana golongan muda ini tidak mewakili mana-mana parti politik tetapi apa yang mereka mahukan ialah partisipasi mereka dalam sistem demokrasi di negara ini diiktiraf oleh pemerintah.
Menariknya, pemerintah selalunya hanya mendekati golongan muda secara agresif untuk mendapatkan undi semata-mata tetapi tidak pernah memberikan ruang untuk mereka berpolitik secara demokratik.
Bagi golongan muda ini, apa yang mereka mahukan ialah sebuah sistem kerajaan dengan sebuah pemerintah yang bukannya bersifat kebal dan kejam sebaliknya bertindak sebagai satu bentuk komuniti yang bukan sahaja mendengar luahan rakyat semata-mata tetapi mengambil berat akan isu tersebut.
Inilah demokrasi namanya bagi golongan muda.
Jika andaian bahawa demokrasi melibatkan dua entiti yang berlainan iaitu yang majoriti (pemerintah) akan menjaga minoriti (rakyat) dengan syarat bahawa minoriti perlu taat terhadap majoriti, itu bukannya demokrasi.
Apa pendefinisian mutlak untuk 'menjaga'? 'Taat' yang bagaimana yang perlu ditunjukkan oleh rakyat terhadap pemerintah? Andaikata golongan muda diberikan ruang untuk terlibat dalam proses demokrasi dengan adil dan tanpa sebarang cengakaman kuku besi maka kita boleh andaikan bahawa itu akan menjadi pemangkin kepada pembentukan jati diri dan budaya bangsa di negara ini.
Perpaduan
1Malaysia dan penerapan nilai ini di kalangan orang muda bukannya sesuatu yang mudah seperti apa yang difikirkan oleh pemerintah.
Mengapa sekarang baru kita hendakkan 1Malaysia? Bukankah 1Malaysia telahpun dipraktikkan daripada zaman nenek moyang kita lagi?
Apa yang sukar untuk diterima akal pemikiran waras ialah bagaimana isu perpaduan ini dicanangkan demi untuk menakutkan rakyat dan seterusnya mengukuhkan pemerintahan yang ada sekarang.
Sama ada sedar ataupun tidak, perpaduan di antara setiap insan di bumi yang dipijak ini sememangnya utuh dan tidak dapat dihancurkan oleh sesiapa jua namun perpaduan ini jugalah menjadi alat politik para politikus yang gemar menjadikannnya isu demi untuk mengekalkan kuasa dan pemerintahannya.
Apa gunanya 1Malaysia sekiranya saban hari kita terpaksa melayan kerenah dan tuntutan badan pendesak berasaskan kaum yang juga dilihat bukannya untuk kepentingan kaum mereka tetapi untuk mengekalkan hegemoni politik mereka.
Jika benar andaian bahawa perpaduan dikalangan golongan muda sudah rapuh dan berada pada tahap yang boleh menganggu gugat kestabilan negara bangsa itu sendiri, persoalan utama kini disandarkan pada matlamat pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Bermula pada Disember 2003, selepas lebih tujuh tahun, apa bentuk kejayaan yang dapat dirangka daripada PLKN ini?
Bukankah kini perpaduan sudah tidak seharusnya menjadi satu isu negara lagi memandangkan hampir berpuluh ribu bekas pelatih PLKN yang berada di luar sana sudah mampu menghayati Rukun Negara dan memiliki jati diri yang mapan yang seterusnya dapat mengalakkan kepada pembentukkan sebuah negara bangsa yang harmoni? Ke mana arah tuju sebenar PLKN ini?
Ada kecenderungan di kalangan ahli akademik di negara ini yang berpegang teguh kepada pandangan J.S Furnival dalam bukunya yang bertajuk Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Nertherlands India(1956) yang menyalahkan dasar pihak British ketika era pascamerdeka iaitu dasar 'pecah dan perintah' yang menyaksikan pengasingan kaum dalam konteks ekonomi negara ketika itu.
Hujah inilah yang menjadi pegangan kuat para ahli akademik di negara ini yang lebih selesa untuk tidak melihatnya secara kritikal.
Sama ada sedar atau tidak, dasar 'pecah dan perintah' ini sengaja terus diamalkan dalam usaha untuk memastikan setiap etnik penduduk dinegara ini bercampur tetapi tidak akan bergabung atau dalam erti kata lain hanyalah bersifat seperti salad bowl.
Langkah ini dilihat amat penting bagi pemerintah untuk memastikan golongan etnik dinegara ini lebih menumpukan kepada kepentingan etnik mereka semata-mata dan seterusnya mengehadkan penyertaan mereka dalam sistem politik demokrasi di negara ini.
Ini berbeza dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain yang menerapkan konsep melting pot menyatukan dan meleburkan etnik utama dan minoriti bersama-sama dengan satu bahasa dan budaya dalam usaha untuk membentuk perpaduan kaum.
Sama ada salad bowl atau melting pot, ia bergantung sepenuhnya kepada sistem politik pemerintah itu sendiri.
Sistem politik dan pengagihan ekonomi yang berasaskan kaum tetapi pada masa yang sama mempromosikan 1Malaysia. Ini namanya demokrasi?
Bumi sudah dipijak, izinkan kami menjunjung langit dengan bebas!
Sistem politik berasaskan etnik dilihat menguntungkan golongan pemerintah sahaja dalam usaha menjadikan perpaduan sebagai modal propaganda dalam meraih simpati golongan muda di negara ini.
Namun, Bersih 2.0 adalah bukti bagaimana golongan muda pelbagai ras berhimpun bersama tanpa sedikit pun rasa was-was sesama sendiri, mengetepikan segala fahaman politik kotor yang cuba memecah belahkan sesama mereka dan paling penting, Bersih 2.0 adalah bukti betapa golongan muda dahagakan sebuah demokrasi yang tulen di negara ini.
Golongan muda ini sedar bahawa jurang ekonomi diantara yang kaya dan miskin bukan sahaja luas tetapi makin mendalam. Sesuatu perlu dilakukan dalam usaha merapatkan kembali jurang tersebut. Jika ada tuduhan yang mengatakan bahawa golongan muda di negara ini tidak berpijak di bumi nyata maka itu tidak lebih daripada satu tuduhan liar semata-mata.
Para pemuda-pemudi sudah berpijak pada bumi ini, cuma apa yang mereka inginkan ialah izinkan mereka untuk menjunjung langit ini dengan bebas atas dasar demokrasi tanpa sebarang sekatan dasar dan undang-undang serta fahaman politik yang meracuni jati diri dan budaya bangsa mereka sebagai bangsa Malaysia!

Salam Malaysiaku

atu situasi yang saya ingin kongsikan dan kita fikirkan bersama. Telah menjadi lumrah dalam kehidupan kita jika seseorang penjenayah yang benar-benar telah melakukan jenayah seperti membunuh, merompak atau mengedar dadah akan berasa takut untuk berhadapan dengan polis walaupun berselisihan dengan secara tidak sengaja.

Malahan dengan sedaya upaya untuk mengelak dan melarikan diri dari polis kerana takut akan ditangkap, dipenjarakan dan dihukum. Lebih-lebih lagi memang terdapat bukti yang kukuh. Subjeknya penjenayah takut dengan polis.

Sekarang pula kerajaan BN amat takut dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang telah berlangsung baru-baru ini. Tujuan dan motif perhimpunan ini diadakan adalah untuk menuntut piliharaya di Malaysia dijalankan secara bersih.

Sebelum perhimpunan dilansungkan, pelbagai propaganda telah dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi BN. Antaranya isu perkauman yang merendahkan martabat orang melayu dengan menyatakan bahawa orang melayu sahaja yang suka berdemo.

Hakikatnya semua kaum Malaysiaku yang menyertai perhimpunan tersebut. Semua jalan masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur pula ditutup. Seolah-olah telah berlaku darurat secara tidak perasan. Hasilnya perhimpunan tersebut tetap disambut hangat oleh warga kota.

Namun apa yang dilaporkan oleh akhbar harian Malaysia amat jauh berbeza pada realiti sebenar. Keganasan peserta perhimpunan tersebut akan menyebabkan kecederaan, kerosakan hartabenda awam dan merugikan para peniaga.

Kenyataannya ialah pihak polis yang telah bertindak ganas sehingga menyebabkan kematian kepada peserta perhimpunan BERSIH tersebut. Dalam berita media perdana telah menemuramah beberapa peniaga yang telah mengalami kerugian hasil dari perhimpunan tersebut.

Tetapi yang telah ditemuramah adalah pendatang asing. Adakah terdapat peniaga yang berwarganegara Malaysiaku di sekitar tempat kejadian (kedai pakaian dan jamu Jalan Tunku Abdul Rahman) tempoh hari?

Persoalannya mengapa kerajaan BN mesti takut jika memang pilihanraya di Malaysia dijalankan dengan telus dan bersih? Jika benar bersih, kenapa kerajaan BN bertindak sedemikian?

Sekurang-kurangnya membenarkan peserta bebas berhimpun di Dataran Merdeka ataupun di Stadium Merdeka. Itupun andai benar-benar bersih. Andai tidak bersalah seperti cerita penjenayah diatas, mengapa takut sehingga bertindak sedemikian rupa dalam mendukung demokrasi? Subjek kali ini ialah kerajaan BN takut kepada perhimpunan BERSIH.

Perdana Menteri telah berkata bahawa tidak perlu berdemostransi atau mengadakan perhimpunan sedemikian untuk menyampaikan permintaan atau suara rakyat. Dalam era teknologi maklumat, rakyat seharusnya mengunakan kemudahan internet untuk menyampaikan rasa tidak puas hati atau permintaan.

Ini telah dipetik dari kata-kata beliau di media perdana serta akhbar harian tempatan pada sehari selepas perhimpunan BERSIH dilansungkan. Maka sebuah laman facebook yang bertajuk “100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation” telah dilaksanakan pada masa yang sama.

Dalam tempoh hanya 48 jam, laman tersebut telah mencapai lebih 100,000 sokongan dalam usaha hanya untuk mendapatkan 100,000 sokongan sahaja. Secara tidak lansung, rakyat telah menyahut cabaran beliau dan saya percaya beliau juga telah maklum dengan hasil yang diperolehi daripada laman facebook tersebut.

Tetapi apa reaksi dan tindakan beliau sekarang?

Sedangkan rakyat telah menyahut cara seperti yang beliau sarankan. Beliau tidak ambil peduli lansung dan telah pergi melawat ke luar negara. Agenda rakyat telah diketepikan tanpa perasaan.

Jadi dengan cara apa lagi untuk rakyat dapat menyampaikan rasa dan suara tidak puas hati setelah perhimpunan BERSIH dan melalui internet tidak diambil peduli? Adakah kerajaan BN sangat takut sekiranya apabila tumbang di pilihanraya akan datang, segala penyelewengan yang para menteri telah lakukan akan terbongkar?

Seperti yang pernah berlaku kepada kerajaan BN Selangor sebelum ini? Berani kerana benar, takut kerana salah. Nyatakan apa pendirian Perdana Menteri setelah rakyat bersuara melalui perhimpunan BERSIH yang dikatakan haram dan laman facebook “100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation” yang dikatakan halal oleh beliau sendiri.

Hanya orang salah takut celup jari

Datuk Seri Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. Dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik. Ini satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar, kerana penipuan perjalanan pilihanraya semakin terserlah.

Beberapa keraguan penggunaan biometrik:
  • Penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak. Ini bukan isu dan tuntutan Bersih.
  • Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan. Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih. Apabila ditanya kepada SPR, mereka menjawab kerana waris tidak beri surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada. Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk on line dengan Jabatan Pendaftaran Negara apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.
  • Apa jaminan sistem biometrik yang boleh di on line serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihanraya. Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik. Cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara on line mengalami masalah kerana kelembapan serve Kementerian Pelajaran. Bilangan guru lebih 500 ribu sahaja. Cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihanraya yang hampir 10 juta pengundi.
  • Ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut. Apakah ini bukan satu penginayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi. Mereka akan dinafikan hak mereka kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.
  • Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pendalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan eletrik.
Sebenarnya kenapa kerajaan pimpinan Najib takut hendak menggunakan dakwat celup. Hanya orang salah sahaja yang takut mengguna celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan. Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Najib dan SPR zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu.

Umno lebih bahaya daripada Wahabi

Keghairahan Umno melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.

Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

Umno dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menanggap politik suku agama suku.

Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

Bukankah ini bukti fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?

Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

Cuma yang agak menghairankan bilamana ulama muda Umno juga tergolong senarai pengganas?

Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan Darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong BERSIH 2.0?

Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?

Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam Umno.

Tidak terfikirkah bahawa apabila ulama Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?

Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja membunuh kerjaya politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.

Biometrik daripada poket kuning rakyat

Saya rasa terpanggil untuk memberi pandangan mengenai isu penggunaan sistem biometrik yang dicanang-canang akan digunakan dalam PRU-13 akan datang. Bahkan isyarat awal tergambar jelas apabila perdana menteri sendiri yang menyatakan akan meluluskan sejumlah peruntukan untuk perbelanjaan sistem ini akan datang.

Saya juga merasa tertanya-tanya apabila Perdana Menteri sendiri difahamkan berpendirian tegas dalam menyokong usaha menggunakan sistem yang belum ternyata telus ini.

Beliau dipetik menyebut:"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik (dengan menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat."

Kerajaan seharusnya menerima cadangan yang lebih realistik dalam menangani isu pengundi hantu dan pengundi bertindih ( yang boleh mengundi lebih dari sekali ). Bahkan telah banyak bukti-bukti jelas yang menunjukkan lemahnya sistem yang sedia ada sekarang. SPR juga perlu telus dalam hal ini.

Malah Perdana Menteri juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan.

"Di peringkat nasional, kita (BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, tidak adalah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi.

Kenyataan sinis ini tidak sedikit pun akan memberi kesan kepada tuntutan rakyat selama ini. Ini bukan soal menang atau kalah, ini adalah soal prinsip keadilan yang kita tuntut.

Bahkan tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil dan telus bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini.

Kenyataan ini senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sering mempertahan bahawa mereka adalah badan yang bebas dan telus namun tidak pula sanggup akur dengan tuntutan rakyat yang selama ini memandang isu ketelusan SPR ini sangat berkait rapat dengan periuk nasi mereka. Pemerintah pula berjalan angkuh dengan permaidani merah mereka!

Bahkan mereka tanpa segan silu melabelkan pembangkang dan BERSIH 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik lapan tuntutan yang dibuat antaranya adalah penggunaan dakwat kekal dalam menangani masalah pengundi hantu.

Kita yakin, cadangan ini hanya dibakulsampahkan oleh pihak yang berkepentingan ini! Betapa jauh lebih rendah kos penggunaan dakwat kekal ini berbanding sistem biometrik yang ternyata akan menjangkau jutaan ringgit. Ia juga bakal dikaut daripada poket kuning rakyat!

Bersih & Nakba orang Melayu

Di negeri Arab Palestin berlaku Nakba pada 15 Mei 1948 apabila kaum Zionis dari Eropah datang dan menghalau Arab Palestin dari tanah air mereka. Meleleh air mata orang Palestin melihat tanah-tanah mereka dirampas dan diduduki oleh kaum Zionis.

Kesedihan orang Palestin itu kita rasakan sama kerana kita pula di Tanah Melayu ini telah juga mendapat Nakba atau malapetaka pada 31 Ogos 1957 apabila penjajah British meninggalkan tanah air kita ini kepada gerombolan United Malays National Organisation dan suku-sakatnya.

Inilah malapetaka kita. Inilah Nakba orang Melayu. Inilah malapetaka dan Nakba yang telah menimpa anak semua bangsa di Malaysia ini.

Semenjak malapetaka ini sampai, hampir setengah kurun yang lampau, orang Melayu telah dibodoh-bodohkan. Orang Melayu telah digula-gulakan. Orang Melayu telah ditakut-takutkan. Ya ampun, inilah malapetaka. Inilah Nakba.

Adalah hendak dijadikan cerita, hamba hanyalah tok perawi yang membawa kisah dari mulut tuan yang empunya ceritera. Dapatlah hamba diberitahu bahawa telah ramailah rakyat seluruh negeri ingin berhimpun kepalang peri.

Telah terdengar kisah yang amat ngeri tentang orang ditipu ketika mengundi. Diketahui umum seluruh negeri duit dipakai untuk membeli undi. Maka marahlah rakyat seluruh negeri kerana selama ini mereka ditipu dalam pilihan raya setiap kali.

Maka nujum dan pawang pun dipanggil datang untuk menetapkan tarikh dan ketika. Memilih saat memilih masa ketika bulan tidak mengambang.

Ketika matahari condong ke batang. Ketika panas mula menghilang. Hari-hari terus dihitung dan dibilang. Hari yang baik dan bulan yang baik diikat dengan saat dan ketika.

Saat itulah saat gembira. Saat yang hendaknya rakyat seluruh negara akan turun beramai-ramai ke jalan raya agar kita semua dapat bercempera. Hari yang bersih disalut oleh hati yang bersih.

Bila berita pecah terbuka. Maka menyingalah Najib mukanya marah mukanya berpuaka. Najib pun lantanglah menjerit bersuara. Ke hulu ke hilir membawa berita.

Najib mengarahkan adinda sepupu agar tangkas bersiap sedia kerana rakyat telah berani bangun bergegak gempita.

Maka dirancangkah satu rancangan. Maka disusunlah satu susunan. Maka dikumpulkanlah soldadu upahan. Lalu dipanggil para pemikir. Maka gerombolan pun bekerja dan berpakat seperti biasalah. Menggunakan cara lama yang telah biasa.

Pemikir dan soldadu mendapat upah, mendapat imbuhan. Sepakatlah mereka bersatu pendapat. Rakyat yang telah mula berani bangun wajib ditakut-takutkan. Rakyat yang mula sedar ini perlu dibodoh-bodohkan.

Mengikut orang dalam yang empunya berita semua saluran media telah diberitahu tentang akan munculnya satu berita yang paling baru. Mengikut tuan yang empunya ceritera dikatakan pada suatu malam yang gelap gelita ada seorang mamat masuk ke pusat kota. Datang membawa bom dan segala bentuk senjata.

Adalah mengikut surah ini si mamat ini bangang lagilah bodoh bukan kepalang. Datang membawa senjata memakai topeng, mukanya pula disapu arang. Memakai baju dan seluar yang compang lagi camping hinggakan nampak perut terbarai dan buntut tersadai.

Si mamat ini disurahkan hendak menyimpan semua senjata ini ditempat yang sulit. Bukan di celah kangkang atau di dalam parit tetapi ditepi busut, di sebalah kedai Kentucky tak jauh dari tempat mat pet berjual beli.

Seantero negara seluruh negeri diberitahu bahaya datang kepalang peri. Senjata menunggu masa dan ketika untuk meletup sendiri. Parang dan bom ini menunggu isyarat untuk terbang melayang-layang memenggal leher ibu dan abang.

Tidak cukup dengan kisah bom dan parang di tepi Sogo, datang pula kesah seorang mamat sudah tertangkap. Bukan di rumah dan bukan di kebun.

Bukan di Kerinchi, bukan di Pandan tetapi di Keramat yang jauh tidak jauh dari jalan. Tempat terletak di sebelah kuil Cina. Mengikut kisahnya, si mamat ini sedang berusaha menanam parang, bom dan senjata.

Wahai adik abang dan kakak, biar hamba kisahkan lagi. Inilah cara, inilah gaya, inilah teknik, inilah strategi untuk menakut-nakutkan rakyat seluruh negeri agar jangan berani turun ke jalan raya.

Adalah bom, adalah parang dipasang sendiri oleh soldadu upahan. Adalah jelas adalah nyata tidak ada sesiapa turun ke jalan raya bersih membawa senjata.

Inilah tipu, inilah helah. Inilah rupa kerja manusia yang di waktu siangnya dia menipu, di waktu malamnya dia menjarah. Biarlah di sini hamba memanjangkan surah. Wahai abang- abang dan kakak-kakak, sila lihat, sila perhatikan gambar parang dan gambar molotov.

Aduhai bodohlah SB yang makan upah. Aduhai SB yang membeli parang. Ushalah sikit. Jangan beli parang dari kedai yang sama. Nampak sangat malas bekerja. Serumpun macam baru dibeli borong dari Kedai Aked Mara di Kuala Kangsar.

Tidak cukup dengan ini, tipu helah gerombolan terbongkarlah sudah. Hendak menipu pun kita wajib pandai di sekolah. Tanyalah lebai Google dari rumah orang sebelah. Nak tahu tentang molotov cocktail, carilah surah.

Bangang terserlah mengarahkan SB membuat molotov memakai botol plastik yang salah. Kenapalah bangang wahai menteri Hishamudin. Molotov cocktail perlu botol kaca. Botol plastik tempat menyimpan kencing sehingga haring.

Aduhai segala hamba Allah, berita yang dirancang oleh gerombolan semua menjadi berita salah. Kenapalah tidak difikir dan tidak ikut usrah. Kenapa penutup botol plastik semuanya warna merah jambu macam kain tudung sang puteri.

Apakah otak, apakah yang salah. Adalah SB bangang atau tak cukup kena tarbiah. Hamba yang menjadi tok perawi kini jadi serba salah. Nak menangis pun ada, nak tersenyum pun salah.

Tidak cukup dengan ini, seantero negeri pun mula diberitahu tentang Jepun akan datang menyerang. Macam Belanda sampai di Melaka. Kereta perisai dibawa keluar. Helikopter berlegar liar. Jalan di kawal siang dan malam. Bas di tahan kereta diperiksa.

Kad pengenalan wajib ada. Beg di buka kereta digeledah macam anjing mencari dadah. Inilah sahaja satu kaedah untuk menakut-nakut rakyat yang sudah bijak bermadah.

Maka akan tercatitlah dalam sejarah tentang tentera yang akan dibawa keluar. Telah didengar khabar berita bagaimana ada jeneral, ada yang mula berkata, tugas tentera bukan untuk gerombolan. Bukan untuk membunuh rakyat, orang kampung, sanak saudara, sahabat dan taulan.

Mengikut tuan yang empunya ceritera, apabila Najib diberitahu duduk perkara. Dia pun gelabah tak tentu hala. Kejap nak jumpa Bersih, kejap berjanji memberi Stadium Negara. Najib berdolak. Najib berdalik. Perangai tak ubah semacam kera yang tercabut ekor di Tasek Bera.

Hambo sebagai tok perawi tidak mahu berlagak sombong. Hamba hanya berniat nak menyambung cerita. Ibu bapa, adik dan kakak jangan senyum, tapi ketawalah terbahak-bahak. Hamba nak royak kisah kumpulan Perkasa yang bukan main ribut melahak-lahak.

Bingar bising macam halilintar membelah busut. Beribu anggota akan dijemput. Untuk membuat onar dan bikin kelam kabut. Rakyat terdengar rakyat lalu rakyat pun menyahut.

Semua mula berkata: "Kami tak takut."

Auta Perkasa sudah terserlah. Maka geng silat pula masuk mencelah. Ini lagi lawak hinggakan kita ketawa mata terbeliak. Jangan menuduh hamba ini tok perawai yang berat sebelah. Tapi inilah hakikat cerita yang telah menjadi sejarah kita.

Perkasa lesap hilang entah ke mana muntah kedarah. Geng silat ramai yang datang tetapi sudah tersalah. Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur tetapi geng silat semua berkumpul di Kuala Pilah. Mereka berzikir, berkelintau memukau, akhirnya ghaib hilang ke negeri entah berentah.

Maka tinggal Pemuda Patriot Berbaju Merah. Hamba diberitahu mereka semua datang kerana makan upah. Apabila tak ramai yang datang berkumpul maka menantu ayah menjadi gelabah. Lalu Mat Bangladesh diberi upah pakai baju merah.

Tak cukup dengan Mat Bangladesh, si Patriot menghina diri lagi. Demonstrasi belum lagi selesai, mereka semua sudah masuk ke dalam kedai Kentuki.

Kepada cucu-cicit yang akan datang zaman berzaman, marilah kita belajar dari alkisah ini. Hendaknya kisah ini akan turun temurunlah. Hendaknya disurahkanlah dari mulut ke mulut, dari laman ke laman, dari blog ke blog, dari Twitter ke Twitter.

Di akhirnya, ini hamba sebagai tok pewaris ingin mengundur diri. Hamba di sini merakam sejarah untuk anak segala bangsa. Nakba dan malapetka tidak akan kita tangisi. Rakyat sudah berani bangun untuk melawan.

Dengarlah wahai yang zalim dan wahai yang jahat; kita saentero negara tidak akan lagi takut. Datanglah taufan, datanglah Perkasa, datanglah silat, datanglah Patriot.

Semua ini hanya kentut-kentut hangat. Setelah malapetaka busuk ini, pergi Bersih akan menyusun lagi. Kalau lapan tuntutan tidak apa-apa, Bersih akan turun ke jalan sekali lagi.

Makna dan tanda 9 Julai

Dalam pensejarahan, setiap negara bangsa akan wujud satu tarikh untuk diingati dan dikongsi bersama. Warga Palestin mengingati Nakba atau malapetaka pada 15 Mei setiap tahun. Pada tarikh ini Israel diwujudkan. Pada tarikh ini juga tanah warga Palestin mula di rampas oleh kaum Zionis.

Semenanjung Tanah Melayu menyambut hari 'malapetaka' pada 31 Ogos setiap tahun. Malapetaka menimpa Tanah Melayu di tarikh ini apabila British mengagihkan kuasa pentabiran tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Malapetaka ini sedang sama-sama kita rasakan.

Tetapi apa sangkut pautnya malapetaka ini dengan tarikh 9 Julai? Bukankah pada 9 Julai yang lepas hanyalah hari perhimpunan BERSIH? Untuk memahami 9 Julai ini saya akan bawa kembali kepada surah sejarah agar para pembaca yang budiman akan dapat memahami makna dan tanda tarikh dan haribulan ini.

Saya bawa kembali para pembaca ke zaman Julius Ceaser dan kerajaan Rom. Di Utara Itali ada sebatang sungai bernama Rubicon yang airnya berlumpur merah. Sungai ini telah dijadikan garis sempadan. Kerajaan Rom telah membuat undang-undang bahawa tidak ada sesiapa pun boleh melintasi sungai Rubicon dengan membawa bala tentera.

Pada tahun 49 sebelum Masehi, Julius Ceaser telah melintasi sungai Rubicon dengan membawa satu ketumbukan bala tentera menuju ke arah kota Rom. Menyeberangi Sungai Rubicon memberi makna bahawa tidak ada lagi jalan pulang melainkan mengambil kota Rom. Tetapi 9 Julai kita lebih dari ini.

Kini biar saya bawa pula ke zaman sesudah Perang Dunia Pertama. Pada tahun-tahun 30-an kerajaan Perancis telah mendirikan tembok-tembok pertahanan di sempadan Perancis/Jerman. Tembok dan kubu-kubu pertahanan ini di panggil Garis Maginot - diambil daripada nama menteri pertahanan Perancis sebelum Perang Dunia Kedua. Garis ini cukup kukuh dengan kubu-kubu batu, tembok yang lengkap dipersenjatai dan pengkalan askar yang strategik diatur sepanjang Garis Maginot.

Apabila Perang Dunia Kedua pecah, Hitler mula menyerang Perancis. Kubu-kubu di Garis Maginot yang pada awalnya kelihatan kukuh dan mustahil untuk soldadu German menorobus masuk ke Perancis. Tetapi pada 10 Mei 1940, Garis Maginot ini ditembusi oleh soldadu Hitler. Pada 14 Jun 1940 Perancis jatuh ke tangan Nazi. Tetapi 9 Julai kita lebih dari ini.

Biar saya bawa pula para pembaca yang budiman ke tahun 711 di zaman kegemilangan tamadun Arab. Pada 29 April 711, Tariq ibni Ziyad, panglima perang dari Moroko telah berjaya menyeberang Laut Tengah dan memasuki Semenanjung Ibera. Sesampainya di pantai Selatan Laut Tengah, Tariq telah membakar semua kapal yang membawa bala tenteranya.

Tariq ibni Ziyad telah menerangkan pada bala tenteranya bahawa di hadapan mereka terbentang luas negara Sepanyol yang subur dan menjanjikan untuk diambil. Di belakang mereka ialah Moroko. Tetapi mereka tidak memiliki pilihan kerana semua kapal untuk pulang telah dibakar. Hanya satu pilihan - iaitu terus mara dan menawan Sepanyol. Tetapi 9 Julai lebih dari ini.

Sekarang mari kita sama-sama melihat kembali pensejarahan 9 Julai. Apabila BERSIH mengumumkan 9 Julai sebagai hari perhimpunan dengan lapan tuntutan, saya rasa tidak bagitu ramai yang ambil pot.

Lawak menjadi seram

Ada komen yang mengatakan kempen BERSIH 2007 dahulu lebih baik kerana masa berkempen agak panjang. Kali ini masanya singkat. Pasti tidak ada sokongan. Ada yang mengatakan bahawa Rosmah dan Najib ini amat popular dan susah untuk digelincirkan. Ada pula yang memberi komen bahawa tunjuk perasaan ini bukan budaya kita.

Semua hujah-hujah ini menjadi hampeh apabila Mat Sabu dipilih menjadi timbalan presiden PAS. Semua suasana politik berubah. Perubahan mendadak berlaku apabila Mat Sabu membuat kenyataan terbuka bahawa sebagai timbalan presiden PAS, dia akan memastikan 300,000 ahli parti PAS turun ke jalan raya pada 9 Julai. Kenyataan Mat Sabu ini terus menaikkan kemarahan Rosmah Mansor sebanyak tiga kilo.

Biar saya terangkan sejelas mungkin di sini. Semua daulah yang zalim, untuk meneruskan kuasa, akan menakut-nakutkan warganya. Ini adalah teknik dan strategi yang digunapakai oleh semua pemerintah. Raja, emperor, ratu, presiden atau perdana menteri, semua menggunakan 'takut' sebagai alat. Warganegara yang takut akan menjadi bodoh. Warga yang bodoh tidak berani bersuara. Warga yang takut dan bodoh amat senang untuk ditambat dan dijadikan kuli batak.

Apa yang telah dilakukan oleh Rosmah dan Najib ialah mengarahkan sepupunya Hishammuddin Hussein untuk menakut-nakutkan rakyat. Yang menjadi orang suruhan untuk menakut-nakutkan orang ramai ini ialah timbalan ketua polis. Lihat bagaimana pada satu ketika warna kuning untuk kasut, payung dan baju telah diisytihar sebagai warna haram untuk dipakai. Ini contoh terbaik gerak kerja orang suruhan.

Tidak cukup dengan tangkapan polis, rakyat juga cuba ditakut-takutkan dengan kehadiran para pesilat yang memiliki ilmu kebal dan ilmu ghaib. Untuk terus menakut-nakutkan orang ramai, tiba-tiba kita melihat kemunculan berita di mana polis dan tentera telah mengadakan latihan bersama. Tidak cukup dengan berita ini ada sepanduk yang tertera dengan tulisan besar dalam empat bahasa termasuk tulisan Jawi: Jika Tidak Berundur Kami Akan Tembak.

Taktik untuk menakutkan orang ramai ini dinaikkan lagi suhunya dengan kemunculan Perkasa dengan juruhebohnya Ibrahim Ali. Setiap hari tanpa henti-henti Ibrahim Ali telah berleter dan berheboh dengan segala macam berita yang bertujuan untuk mengancam dan menakut-nakutkan orang ramai dari turun ke jalan raya.

Dalam masa yang sama saban hari media milik United Malay National Organisation telah mengeluarkan dua bentuk berita. Satu berita-berita yang berniat untuk mengancam warga agar jangan berani turun ke jalan raya. Satu lagi berita untuk memburuk-burukan dan memperlekeh BERSIH.

Tidak cukup dengan semua ini , enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah ditahan. Kali ini dengan menggunakan Ordinan Darurat. Entah macam mana putar dan belit, Rosmah, Najib and sepupunya telah memintal lidah untuk menipu orang ramai. Sepupu Najib telah berkata bahawa enam anggota PSM ini ingin melawan Agong.

Ya ampun, lawak ini menjadi seram apabila kita diberitahu bahawa hanya Dr Jeya seorang sahaja yang tahu di mana rumah Agong dan pernah melihat muka Agong! Ini kerana Dr Jeya seorang ahli parlimen dan Agong telah beberapa kali datang ke parlimen. Yang lima lagi ini, saya difahamlan hanyalah aktivis PSM yang rata-rata tidak tahu sangat tentang jalan-jalan di Kuala Lumpur. Malah mereka berlima ini mungkin tidak dapat membezakan muka Agong. Jauh sekali nak melawan Agong.

Di belakang semua huha huha ini ada pula perang saraf yang disebarkan oleh 'desas bin desus'. Ada cerita tetang tangkapan ISA, tentang askar akan ambil alih negara dan kisah penangkapan beramai-ramai ala Operasi Lalang. Cerita penglipur lara dari Desas bin Desus ini sebenarnya adalah sebahagian dari pernah saraf yang tersusun untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Rentasi Garis Maginot, bakar kapal perpaduan

Untuk saya bukan 6,000, bukan 60,000 atau bukan 600,000 warga yang turun ke jalan pada 9 Julai untuk dijadikan ukuran. Untuk saya angka ini bukan persoalan. Kalau pun hanya enam orang yang turun pada 9 Julai yang lalu, saya anggap ini adalah satu kemenangan. Kenapa saya berkata sedemikian?

Mungkin ramai yang tidak sedar. Mungkin ramai yang belum faham lagi. Apa yang terjadi pada 9 Julai dahulu ialah kita warganegara Malaysia telah melintasi 'Garis Takut'. Garis Takut ini adalah sebahagian dari garis psokologi yang telah dipasang apabila malapetaka 31 Ogos dihempapkan kepada kita semua.

Garis Takut adalah Garis Maginot, garis pertahanan untuk United Malay National Organisation untuk menyebarkan falsafah ketuanan Melayunya. Pada 9 Julai yang lalu Garis Takut ini telah sama-sama kita lintasi. Dari kajian awal BERSIH, hampir 120,000 warga telah turun dan terlibat di jalan raya pada 9 Julai yang lalu. Kesemua mereka telah melintasi Garis Takut.

Garis Takut ini juga telah memecahkan mitos Mei 13 dan pergaduhan kaum. Babak Mei 13 ini telah menghantui kita selama berpuluh tahun. Pada 9 Julai yang lalu hantu dan mitos 13 Mei hancur berderai-derai. Anak anak muda yang turun ke jalan raya pada 9 Julai yang lalu telah menangkap hantu 13 Mei ini dan memasukkan ke dalam botol untuk dibuang ke Laut Kalzom.

Pada 9 Julai yang lalu terbukti anak-anak muda - anak semua bangsa - tidak ambil pot langsung terhadap Pekasa, polis, tentera atau ISA. Inilah bukti sahih yang mereka telah melintasi Garis Takut. Anak-anak muda di jalan raya telah masuk ke satu dunia yang baru.

Melintasi Garis Takut ini bermakna kita semua - para penyokong Bersih - telah juga menyeberang menyeberang Sungai Rubicon. Seperti Julius Ceaser kita juga tidak ada pilihan melainkan mara mendobrak kezaliman dan ketidakadilan.

Pasti ada yang akan menyoal, kapal mana yang telah kita bakar pada 9 Julai yang lalu?

Senyum dan senyumlah. Kapal yang telah kita bakar pada 9 Julai ialah 'Kapal Kerajaan Perpaduan'. Seperti Tariq ibni Ziyad, pada 9 Julai dahulu segala mimpi, segala angan-angan untuk mengundur pulang ke Tangier telah musnah. Segala mimpi, segala angan-angan untuk PAS dan United Malay National Organisation menubuhkan kerajaan perpaduan telah terbakar di Lebuh Pudu, di Jalan Petaling dan di Menara Maybank.

Tembakan gas pemedih mata di terowong stesen bas KL Sentral adalah mancis api yang membakar kerajaan perpaduan. Apabila Hadi Awang ditangkap dan Mat Sabu dilanggar kereta polis ini adalah keruntuhan tiang layar kapal kerajaan Perpaduan.

Kita telah menyeberang Sungai Rubicon, kita telah melintasi Garis Maginot dan kita telah membakar kapal perpaduan. Kini kita sedang berada dalam dunia yang baru. Kita berada dalam wilayah yang memungkinkan kita menamatkan malapetaka yang menghempap kita semenjak 31 Ogos 1957 dahulu. Di belakang kita ialah takut, di hadapan kita ialah Putrajaya yang subur dan menjanjikan untuk diambil.

Anak semua bangsa & Malapetaka Ogos

Setiap 15 Mei, warga Palestin akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel dipacakkan ke atas bumi Arab. Justeru, pada tarikh ini warga Palestin di seluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.

Semenjak 15 Mei 1948 warga Palestin berhadapan dengan segala macam kesengsaraan. Tanah mereka dirampas, rumah mereka diroboh. Mereka hilang harta benda, hak demokrasi dan kampung halaman. Rakyat Palestin diserang, dibunuh dan dihalau dari kampung halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara.

Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestin. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.

Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestin.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini, biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini, yang dieja dengan huruf M besar ini.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti - Semenanjung Tanah Melayu di bawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula lima wilayah Melayu - Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874, melalui Perjanjian Pangkor, kuasa kolonial Britsh telah memasukkan jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British bawah jagaan England dan bukan lagi East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijih. British juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi begitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

Setiakawan melawan penjajah
Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari Cina dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh Cina dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan, di mana ada penindasan, di sana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampuh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.

Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh Cina di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan Cina. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empayar British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun atau Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi pentadbiran ketenteraan British masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun.

Kini gerakan nasionalisma telah mengampuh dan laungan kemerdekaan kedengaran di sana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS). Semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

British secara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelur, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation pada tahun 1946 agak lewat. Ia muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.

Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama PUTERA.

Semua bangsa dipanggil Melayu
Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan "Hidup Melayu". Para pembaca yang budiman, perhatikan betul-betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oksigen.

Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerjasama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu-Melayu, China-China dan India-India. Maka lahirlah PERIKATAN. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan PERIKATAN masih lagi Melayu, Cina dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA, badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.

Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminin, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa mereka bukan bangun menentang British tetapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.

Jjika tidak percaya apa yang saya tulis ini, sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti, media milik United Malay National Organisation akan membuka kisah-kisah bodoh di mana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi suruhan British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila parti komunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng bangun mengangkat senjata, apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?

Tidak berkesudahan
Sejarah jelas membuktikan gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai kemerdekaan, gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk merdeka.

Justeru, sebagai balasan menjadi budak suruhan yang setia, pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

Saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestin membolehkan tanah-tanah Palestin dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampung Baru dan Kampung Banda Dalam.

Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan akta ISA pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat enam warga penyokong BERSIH ditahan tanpa bicara bawah Ordinan Darurat.

Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun lalu, pada 10 Ogos 1511 Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan di sini bahawa Nakba di Palestin pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestin berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.

Tuesday 7 June 2011

FaLL FoR You

aku suka lagu ney....
sbb lagu ney membuatkan aku teringat si dia....
dan bila aku dah single mcm neh puwn,aku suka dengar lagu ney....
kenapa???
sebab seseorang boleh datang dan pergi...
tetapi kenangan akan datang dan x kan pernah pegi........




The best thing about tonight's that we're not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core

But hold your breathe
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Your impossible to find

This is not what I intended
I always swore to you i'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may of failed
But I have loved you from the start
Ohhhh

But hold your breathe
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible

So breathe in so deep
Breathe me in
I'm yours to keep
And hold onto your words
Cuz talk is cheap
And remember me tonight
When your asleep

Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Your impossible to find

More lyrics: http://www.lyricsmania.com/fall_for_you_lyrics_secondhand_serenade.html
All about Secondhand Serenade: http://www.musictory.com/music/Secondhand+Serenade