atu situasi yang saya ingin kongsikan dan kita fikirkan bersama. Telah  menjadi lumrah dalam kehidupan kita jika seseorang penjenayah yang  benar-benar telah melakukan jenayah seperti membunuh, merompak atau  mengedar dadah akan berasa takut untuk berhadapan dengan polis walaupun  berselisihan dengan secara tidak sengaja. 
Malahan  dengan sedaya upaya untuk mengelak dan melarikan diri dari polis kerana  takut akan ditangkap, dipenjarakan dan dihukum. Lebih-lebih lagi memang  terdapat bukti yang kukuh.  Subjeknya penjenayah takut dengan polis.
Sekarang pula kerajaan BN amat takut dengan perhimpunan  BERSIH 2.0 yang telah berlangsung baru-baru ini. Tujuan dan motif  perhimpunan ini diadakan adalah untuk menuntut piliharaya di Malaysia  dijalankan secara bersih. 
Sebelum perhimpunan  dilansungkan, pelbagai propaganda telah dilemparkan oleh  pemimpin-pemimpin tertinggi BN. Antaranya isu perkauman yang merendahkan  martabat orang melayu dengan menyatakan bahawa orang melayu sahaja yang  suka berdemo. 
Hakikatnya semua kaum Malaysiaku yang  menyertai perhimpunan tersebut. Semua jalan masuk ke pusat bandaraya  Kuala Lumpur pula ditutup. Seolah-olah telah berlaku darurat secara  tidak perasan. Hasilnya perhimpunan tersebut tetap disambut hangat oleh  warga kota.
Namun apa yang dilaporkan oleh akhbar  harian Malaysia amat jauh berbeza pada realiti sebenar. Keganasan  peserta perhimpunan tersebut akan menyebabkan kecederaan, kerosakan  hartabenda awam dan merugikan para peniaga. 
Kenyataannya  ialah pihak polis yang telah bertindak ganas sehingga menyebabkan  kematian kepada peserta perhimpunan BERSIH tersebut. Dalam berita media  perdana telah menemuramah beberapa peniaga yang telah mengalami kerugian  hasil dari perhimpunan tersebut. 
Tetapi yang telah  ditemuramah adalah pendatang asing. Adakah terdapat peniaga yang  berwarganegara Malaysiaku di sekitar tempat kejadian (kedai pakaian dan  jamu Jalan Tunku Abdul Rahman) tempoh hari?
Persoalannya  mengapa kerajaan BN mesti takut jika memang pilihanraya di Malaysia  dijalankan dengan telus dan bersih? Jika benar bersih, kenapa kerajaan  BN bertindak sedemikian?
Sekurang-kurangnya  membenarkan peserta bebas berhimpun di Dataran Merdeka ataupun di  Stadium Merdeka. Itupun andai benar-benar bersih. Andai tidak bersalah  seperti cerita penjenayah diatas, mengapa takut sehingga bertindak  sedemikian rupa dalam mendukung demokrasi? Subjek kali ini ialah  kerajaan BN takut kepada perhimpunan BERSIH.
Perdana  Menteri  telah berkata bahawa tidak perlu berdemostransi atau mengadakan  perhimpunan sedemikian untuk menyampaikan permintaan atau suara rakyat.  Dalam era teknologi maklumat, rakyat seharusnya mengunakan kemudahan  internet untuk menyampaikan rasa tidak puas hati atau permintaan. 
Ini telah dipetik dari kata-kata beliau di media perdana  serta akhbar harian tempatan pada sehari selepas perhimpunan BERSIH  dilansungkan. Maka sebuah laman facebook  yang bertajuk “100,000 People  Request Najib Tun Razak Resignation” telah dilaksanakan pada masa yang  sama. 
Dalam tempoh hanya 48 jam, laman tersebut  telah mencapai lebih 100,000 sokongan dalam usaha  hanya untuk  mendapatkan 100,000 sokongan sahaja. Secara tidak lansung, rakyat telah  menyahut cabaran beliau dan saya percaya beliau juga telah maklum dengan  hasil yang diperolehi daripada laman facebook tersebut.
Tetapi apa reaksi dan tindakan beliau sekarang? 
Sedangkan rakyat telah menyahut cara seperti yang beliau sarankan.  Beliau tidak ambil peduli lansung dan telah pergi melawat ke luar  negara. Agenda rakyat telah diketepikan tanpa perasaan. 
Jadi dengan cara apa lagi untuk rakyat dapat menyampaikan rasa dan  suara tidak puas hati setelah perhimpunan BERSIH dan melalui internet  tidak diambil peduli? Adakah kerajaan BN sangat takut sekiranya apabila  tumbang di pilihanraya akan datang, segala penyelewengan yang para  menteri telah lakukan akan terbongkar? 
Seperti yang  pernah berlaku kepada kerajaan BN Selangor sebelum ini? Berani kerana  benar, takut kerana salah. Nyatakan apa pendirian Perdana Menteri  setelah rakyat bersuara melalui perhimpunan BERSIH yang dikatakan haram  dan laman facebook “100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation”  yang dikatakan halal oleh beliau sendiri.
No comments:
Post a Comment