Tamadun dibina dan dikembangkan  demi   kemaslahatan umat manusia, kerana akhirnya manusialah yang memberi rupa  dan makna kepada sesuatu tamadun.
Kemajuan  kebendaan yang tidak diimbangi perkembangan pemikiran atau intelektual  yang tinggi, akan membentuk rupa bangsa yang cela. 
Kemajuan  kebendaan yang tidak diimbangi perkembangan pemikiran atau intelektual  yang tinggi, akan membentuk rupa bangsa yang cela. Rupa  bangsa yang cela, akibat meremehkan pemikiran tinggi, akan berada jauh  dari titik pusat falsafah, budaya, seni, moral dan kemanusiaan itu  sendiri. Banyak negara di mana penguasanya melakukan opresi menyekat  perkembangan pemikiran dan intelektual rakyatnya, secara dramatik  melihat kerusi kekuasaannya lenyap dalam masa yang singkat. 
Masalah  bagi sesetengah penguasa ialah mereka menganggap cara yang kuno dan  tidak manusiawi itu sebagai sesuatu yang masih relevan dengan zaman ini.
Watak dan struktur sesuatu masyarakat biasanya diramu dan diteguhkan daripada hubungan elemen-elemen sosial yang alamiah, kerana dinamika sosial selalu mengharapkan kemaslahatan umat manusia yang dicipta melalui pendekatan serta dasar-dasar yang betul lagi manusiawi.
Watak dan struktur sesuatu masyarakat biasanya diramu dan diteguhkan daripada hubungan elemen-elemen sosial yang alamiah, kerana dinamika sosial selalu mengharapkan kemaslahatan umat manusia yang dicipta melalui pendekatan serta dasar-dasar yang betul lagi manusiawi.
Dengan  ayat yang lain, mana-mana penguasa yang menanganinya  secara salah dan  tidak manusiawi, akan berhadapan dengan kegagalan. Mencipta masyarakat bertamadun akan lebih mudah setelah anggota masyarakat mempunyai atau memiliki (bukan lagi tiga, tetapi) lima keperluan asas: makanan, kediaman, pakaian, pendidikan, dan peluang pekerjaan yang sewajarnya dalam suasana negara yang aman pula.
Sesudah  itu, jalan terhampar untuk setiap anggota masyarakat, atau organisasi  sosial, atau institusi sosial,  bergerak secara sukarela untuk  memperbaiki lagi pelbagai aspek kehidupan anggota masyarakatnya.
Akan tetapi jika penguasa gagal menyediakan lima keperluan asas tersebut dengan latar belakang negara bersuasana aman, watak yang dicipta oleh penguasa ialah watak pincang yang memberontak.
Akan tetapi jika penguasa gagal menyediakan lima keperluan asas tersebut dengan latar belakang negara bersuasana aman, watak yang dicipta oleh penguasa ialah watak pincang yang memberontak.
Watak-watak  yang memilih jalan lain untuk mengatur masa depan kumpulannya tanpa  mengendahkan undang-undang serta nilai moral ̈C kerana tiada harapan  lagi terhadap penguasa. Menekan kumpulan ini dengan tujuan  untuk melumpuhkan atau menghapuskannya, bukanlah penyelesaian yang baik  bagi kerangka masyarakat bertamadun. Kerana opresi akan membangkitkan  lebih banyak penentangan. 
Jalan alternatif yang terbaik  ialah kembali ke pangkal  pemikiran oleh para intelektual dan pakar,  serta memanfaatkan sumber ekonomi yang ada di dalam sesebuah negara. 
Zaman  telah berubah. Rakyat mahu keperluan-keperluan asas mereka dipenuhi.  Rakyat mahu berganding bahu membina tamadun bangsa yang lebih baik dan  kukuh. Jom ke mandala tamdun.
       
No comments:
Post a Comment