Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menyebut: "Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan".

Ya, tiada dalam Islam istilah negara Islam atau daulah Islamiah atau Islamic state seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Ia satu istilah yang muncul ketika kebangkitan umat Islam menghalau penjajah (decolonization).
Sebelum itu, kitab-kitab fekah Islam hanya menyebut Darul Islamatau wilayah Islam yang merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam ketika itu. Apabila perkataan daulah Islamiah muncul, kemudian diikuti kebangkitan revolusi Syiah di Iran, maka perkataan itu mula dipopularkan oleh para pejuang politik islami di seluruh dunia.
Disebabkan istilah ini juga mereka berbalah bahkan menuduh pihak lain kurang Islam disebabkan tidak bersama dalam perjuangan menegakkan negara Islam itu. Walaupun kadang-kala pertentangan ada asasnya, namun sebahagiannya hanya disebabkan perbezaan istilah yang dipakai.

Kita boleh lihat khayalan Hizbul Tahrir yang cuba berkembang di negara kita pada hari ini. Ia bolehlah dikatakan utopia state yang hanya wujud di minda, tidak mungkin pada realitinya.
Sebahagian mereka yang terlibat secara langsung dengan politik kenegaraan, mereka mula sedar tentang realiti sebenar sesebuah pemerintahan. Kembali mereka merujuk kepada al-Quran, hadis, dan amalan khalifah Islam yang mendapat petunjuk (Khulafa al-Rasyidin), mereka akhirnya jelas mengapa perkataan negara islam itu tidak wujud atau tidak disebut.
Negara kebajikan yang mana?
Politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana. Namun, prinsipnya kekal. Ini kerana Islam satu agama realistik.
Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya.
Bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya. Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya.
Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam. Soal mekanisme hukum - sama ada hudud atau tidak - dibincangkan setelah ditegakkan prinsip dan tanggungjawab utama, diwujudkan suasana yang kondusif yang memungkinkan keadilan dan keindahan hukum itu berfungsi.
Bukan masanya lagi. Tangguhkan dahulu isu-isu makanisme, tumpukan kepada tanggungjawab dan prinsip utama kenegaraan.

Cumanya, saya sedang meneliti apakah maksud 'negara kebajikan' yang hendak diwujudkan. Saya percaya presiden PAS ada kerangka yang jelas. Ahli-ahli hendaklah difahamkan terlebih dahulu sebelum membicarakannya secara meluas.
Ini kerana welfare state mempunyai pelbagai gambaran. Secara umum, dunia memahami welfare stateadalah negara-negara yang memakai model Nordik seperti Norway, Denmark dan Sweden. Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apapun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut.

No comments:
Post a Comment